Monday, August 2, 2010

PERKARA DAH JELAS DILARANG ISLAM...DIBUAT JUGA... SEBAB ITU ISLAM MELARANG BERDUA2AN ........KERANA SYAITAN BERSAMA MEREKA

Perkosa isteri rakan



2010/08/03

KUALA LUMPUR: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah perumpamaan tepat menggambarkan perbuatan keji seorang sahabat apabila sanggup merogol isteri rakan karibnya itu di rumahnya di Kampung Chubadak, Sentul, di sini, kelmarin.
Tidak cukup dengan itu, wanita berusia 29 tahun itu mendakwa turut dibelasah suspek kerana keengganannya melayani nafsu rakan baik suaminya itu.
Bagaimanapun, wanita terbabit terpaksa mengalah apabila suspek mengeluarkan sebilah pisau sebelum mengugut untuk membunuhnya sekiranya kemahuannya tidak dipenuhi.

Penderitaan wanita terbabit tidak berakhir di rumah itu malah dia ditinggalkan suspek dalam keadaan separuh bogel di sebuah masjid selain telefon bimbitnya turut dirampas. Semuanya bermula kira-kira jam 8 malam, apabila lelaki terbabit yang berusia awal 30-an diminta suami mangsa menjemput isterinya itu pulang bekerja disebabkan ada masalah yang tidak dapat dielakkan.

Menurut sumber, wanita terbabit bekerja di sebuah kilang di Damansara, di sini, dijemput lelaki terbabit dengan sebuah kereta.

“Dalam perjalanan pulang, suspek mendakwa perlu singgah di rumahnya akibat tertinggal barang.

Sumber berkata, bagaimanapun sebaik tiba di rumah mangsa terkejut apabila mendapati ibu dan bapa suspek tiada di rumah itu.

“Suspek memaksa mangsa melayaninya menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Selepas hampir 10 minit bertengkar, suspek bertindak agresif dengan cuba menanggalkan pakaian mangsa.

“Tindakannya itu menyebabkan mangsa memukulnya dan berlaku pergelutan antara mereka,” katanya.

Sumber berkata, suspek kemudian mengeluarkan sebilah pisau dan meletakkannya di leher mangsa sambil mengugut akan membunuhnya

“Mangsa yang ketakutan kemudian dirogol suspek. Selepas selesai melempiaskan nafsunya suspek mengarahkan mangsa memakai semula baju untuk dihantar pulang,” katanya.

Difahamkan, suspek tidak membenarkan mangsa memakai seluar menyebabkannya berada dalam keadaan separuh bogel.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berkenaan.





Kasih cikgu miang

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/08/03

AMPANG: Cikgu miang. Gelaran itu layak buat seorang guru disiplin apabila dia yang sepatutnya menjadi pembimbing sebaliknya mengambil kesempatan mencabul dua pelajar.
Akibatnya, guru terbabit ditahan polis kira-kira jam 12 tengah hari semalam di sebuah sekolah di Ampang selepas dua pelajar yang menjadi mangsa membuat laporan polis.
Difahamkan, dua pelajar terbabit mempunyai masalah disiplin dan guru berkenaan ditugaskan mengawal dan memantau tingkah laku mereka yang dikatakan kerap ponteng sekolah.

Menurut sumber polis, guru itu dikatakan cuba menerapkan kasih sayang kepada mangsa sebagai satu daripada proses membimbing mereka.

“Dia ditugaskan memantau kedua-dua mangsa yang mempunyai masalah disiplin dan dikatakan sering menghantar mereka pulang setiap kali tamat sesi pembelajaran.

“Mangsa yang masing-masing berusia 15 tahun pada mulanya menganggap guru berkenaan memang mengambil berat diri mereka dan sentiasa mencurahkan kasih sayang,” katanya.

Menurutnya, kejadian pertama berlaku awal Mac lalu apabila guru terbabit menghantar seorang daripada mangsa pulang di sebuah pangsapuri, kira-kira jam 12 tengah malam.

“Sejurus tiba, mangsa turun dari kereta sebelum guru terbabit mengambil kesempatan mencium pipi mangsa kononnya sebagai tanda kasih sayang.

“Bagaimanapun, bapa mangsa sempat memerhatikan tindakan guru terbabit sebelum dia mengesyaki kemungkinan lelaki itu cuba mengambil kesempatan,” katanya.

Menurutnya, kejadian kedua berlaku 24 Julai lalu ketika salah seorang mangsa mengikut guru terbabit ke sebuah sekolah di Sentul kerana mempunyai urusan sebelum mangsa dihantar pulang ke rumahnya di Pandan Perdana, kira-kira jam 5 petang.

“Sebelum beredar, dia sempat mencium pipi pelajar terbabit. “Lelaki itu mendakwa ciuman itu sebagai tanda kasih sayang dan turut memberitahu ia satu proses mendisiplinkan diri,” katanya


Menurutnya, mangsa kemudian bertanyakan kepada ibunya baru-baru ini sama ada perbuatan guru itu salah atau tidak.

“Ibu mangsa memberitahu perbuatan itu memang satu kesalahan sebelum dinasihatkan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Mangsa turut menceritakan kejadian itu kepada rakannya sebelum diberitahu rakannya dia juga turut menjadi mangsa guru terbabit,” katanya.

Sumber terbabit berkata, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis, Jumaat lalu




Anak lari ibu sasaran along



2010/08/03

KULIM: Seorang ibu kini hidup dalam kebimbangan apabila menjadi sasaran along selepas anak perempuannya yang berusia 30 tahun dan masih berstatus isteri orang melarikan diri bersama teman lelakinya selepas ditangkap berkhalwat Jun lalu.
Anak perempuannya itu dipercayai membuat pinjaman dengan along berkenaan sebelum ditangkap khalwat, manakala menantunya kini sedang menjalani rawatan pemulihan dadah di Pusat Pemulihan Narkotik Pahang.
Wanita yang enggan dikenali itu berkata, dia percaya anaknya melarikan diri bersama teman lelakinya ke Kepala Batas.

Penderitaan wanita itu bertambah parah apabila pihak bank turut memburu anaknya kerana tidak membayar tunggakan ansuran kereta.



Padah rogol gadis bawah umur

KOTA TINGGI – Seorang lelaki 28 tahun dijatuhi hukuman lima tahun penjara dengan satu sebatan atas kesalahan merogol gadis bawah umur berusia 13 tahun, semalam.

Mohd Faizal Mohd Nin, yang berasal dari Felda Sungai Mas di sini, dijatuhi hukuman di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi oleh Hakim Mahkamah, Kunju Krishnan disaksikan pegawai pendakwa, Inspektor Nor Nazliyana Akbar.

Tertuduh didakwa merogol gadis bawah umur di salah sebuah flet tingkat empat di sini, 2 Julai lalu pada jam 6.30 hingga 8.30 pagi dengan memaksa dan berjanji akan bertanggungjawab terhadap mangsa sekiranya berlaku apa-apa kejadian kemudiannya.

Mohd Faizal yang dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan itu pada mulanya mengambil mangsa di rumahnya di Nusajaya, Johor Bahru pada hari sebelum kejadian dengan menaiki teksi dan pergi ke stesen pengangkutan Larkin pada jam 9.45 malam.

Kemudian pada jam 4.15 pagi, mangsa dan tertuduh menaiki bas dari Larkin dan pulang ke rumah flet tertuduh di sini.

Dalam laporan yang dibuat, mangsa mendakwa dirogol sebanyak dua kali dan tertuduh juga berjanji akan bertanggungjawab atas perbuatannya ke atas mangsa.

Selepas kejadian, mangsa diberi wang RM5 oleh tertuduh supaya ke rumah kakak angkatnya di Ulu Tiram kerana bimbang ibu mangsa membuat laporan polis kerana dia tidak pulang ke rumah.

Tertuduh juga mengugut mangsa agar tidak melaporkan perbuatan yang dilakukan kepada pihak polis dan jika berbuat demikian, keselamatan keluarga mangsa terancam.

Sementara itu, hasil soal siasat lanjut oleh Inspektor Norhaslinda Ahmad, beliau mendapati tertuduh mengaku telah melakukan hubungan seks secara suka sama suka dengan mangsa dan pemeriksaan hospital juga mendapati terdapat koyakan lama pada kemaluan mangsa

No comments:

Post a Comment