Friday, August 27, 2010

KESAN TERBURU2..XSABAR DAN MENERIMA TEGURAN...TAKDIR TU KETENTUAN ALLAH...

NEGARA


2 mati selepas tegur rakan tidur


RAJESWARI tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat anaknya, Gunasilan di tempat letak kereta Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang semalam.


KLANG – Niat murni dua pengawal keselamatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini semalam menegur seorang rakan sekerja yang didakwa tidur ketika bertugas berakhir dengan mereka ditembak mati di tempat letak kereta HTAR.
Dalam tragedi pada pukul 5.30 pagi itu, kedua-dua mangsa iaitu P. Mailvaganam, 46, dan S. Gunasilan, 22, masing-masing terkena satu das tembakan di dada. Mereka mati di tempat kejadian.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, ketika kejadian dua mangsa yang terkorban dan suspek yang berusia 37 tahun itu bertugas pada syif malam bermula pukul 7 petang kelmarin hingga pukul 7 pagi semalam.
“Kita percaya pembunuhan itu berpunca apabila suspek yang berasal dari Sabah itu tidak berpuas hati dengan tindakan kedua-dua mangsa menegurnya yang tidur ketika bertugas.
“Ekoran teguran itu, mereka bertiga bertengkar sebelum berlaku cabar-mencabar,” kata Omar ketika ditemui di tempat kejadian.
Suspek yang hilang kawalan bertindak melepaskan dua das tembakan daripada pump gun yang dibekalkan kepadanya sebelum terkena dada kedua-dua mangsa.
Menurut beliau, selepas melihat dua rakannya rebah dan berlumuran darah suspek yang dipercayai panik tampil menyerah diri kepada Ketua Pengawal Keselamatan HTAR, Abd. Ghani Abd. Rahman di pondok keselamatan yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian

No comments:

Post a Comment