Monday, August 2, 2010

KURNIAN ALLAH TAK MENGIRA SIAPA....TU SIFAT MAHA PEMURAHNYA

DUNIA


Budak 7 tahun dapat RM749,903 dalam 30 minit



GAMBAR menunjukkan Kieron Williamson melukis di rumahnya di Holt, Britain baru-baru ini.



HOLT, Britain - Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Kieron Williamson mendapat £150,000 (RM749,903) dalam tempoh 30 minit dengan menjual 33 lukisan yang dihasilkannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Jualan lukisannya pada minggu lalu telah menarik ramai pembeli sejauh Arizona, New York dan Afrika Selatan dengan beberapa orang lagi membida dengan menggunakan telefon dari seluruh dunia.
Satu pasangan dari Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) sanggup berkhemah selama dua hari di luar galeri di bandar Holt, Norfolk bagi memastikan mereka hadir pada pameran lukisan ketiga budak tersebut pada Jumaat lalu.
Antara gambar yang dilukisnya termasuk lukisan cat sebuah gereja, itik dan lukisan air beberapa nelayan memunggah hasil tangkapan.
Pada musim panas lalu, semasa berumur enam tahun, dia mengadakan pameran lukisan pertama dengan 19 lukisannya terjual dengan hasil jualan £14,000 (RM70,007).
Bakat Kieron dikesan dua tahun lalu apabila dia mewarnakan gambar dinosaur oleh ibu bapanya.
Namun, pada satu percutian, dia mula menghasilkan lukisan bot di dalam air selepas dibawa ke pelabuhan.
Ibu bapa Kieron kemudian mendapatkan pendangan pelukis tempatan dan pemilik galeri dan mereka mengesahkan Kieron mempunyai bakat untuk mencampurkan warna semasa melukis. - Agensi


SEMUA DENGAN KEHENDAK ALLAH JUA


DUNIA


Ikan paus minta lidah disentuh


SEEKOR ikan paus muncul di permukaan laut di Lagun San Ignacio, Mexico.


BANDAR RAYA MEXICO - Sejumlah ikan paus akan mendekati bot pelancong dan meminta lidah haiwan itu disentuh di Lagun San Ignacio di Mexico, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan-ikan paus sepanjang 13.71 meter kini menjadi jinak selepas nelayan tempatan tidak lagi memburu haiwan itu selepas jumlahnya semakin berkurangan.
Pengacara televisyen dan seorang ahli zoologi, Mark Carwardine berumur 51 tahun berkata, tujuh puluh tahun lalu ikan-ikan itu menyerang bot nelayan kerana haiwan tersebut diburu untuk makanan.
"Ikan-ikan itu akan menggunakan ekor untuk memecahkan bot dan melompat ke atas nelayan menyebabkan haiwan tersebut dilabelkan sebagai ikan syaitan," katanya.
Sejak tahun 1930-an, ikan itu menjadi spesies dilindungi kerana bimbang ia akan pupus.
Carwardine berkata, kini haiwan itu tidak lagi menjadi satu ancaman dan menjadi ikan paus paling mesra dengan manusia.
"Ikan-ikan itu akan muncul dari permukaan laut ke bot-bot kecil yang sepanjang beberapa meter dan ia meletakkan dagu di tepi bot untuk digeletek dan disentuh," katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment