Saturday, June 26, 2010

RANCAKNYA ZINA DI MALAYSIA...BILA ALLAH MURKA....DAN TURUNNYA BALA'...ORANG BAIK PUN DAPAT SAMA...

10 hamba seks diselamat
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

2010/06/27

Wanita Filipina dikurung 10 hari

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menyelamatkan 10 wanita warga Filipina yang dipercayai dijadikan hamba seks dalam serbuan di sekitar Puchong dan Bandar Sunway, dekat sini, lewat malam kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 11.45 malam itu, sepasukan anggota dan pegawai dari Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu sebuah pangsapuri di Taman Wawasan, Puchong berdasarkan maklumat risikan.

Ketua Operasi, Superintendan Maszely Minhad, berkata dalam serbuan itu, polis berjaya menyelamatkan dua wanita Filipina berusia lingkungan lewat 20-an yang dikurung di rumah terbabit.

Susulan itu, polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Bandar Sunway dan menyelamatkan lapan lagi wanita warga Filipina berusia antara 21 hingga 31 tahun dipercayai dipaksa bekerja sebagai pelacur.

Polis turut menahan seorang wanita warga Filipina berusia 30-an dipercayai penjaga dan dalang menyeludup wanita terbabit, katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Maszely berkata, pihaknya percaya sindiket didalangi warga Filipina dan Afrika itu menyasarkan wanita Filipina yang ingin ke Malaysia untuk mencari pekerjaan sebelum mereka dipaksa melacurkan diri.

Wanita ini dijanjikan pekerjaan di Malaysia malah ada di antara mereka dijanjikan peluang menyambung pelajaran di kolej swasta, di sini. Namun mereka ditipu dan dipaksa menjadi hamba seks.
Sejak awal tahun hingga kini, seramai 27 wanita Filipina berjaya diselamatkan dari sindiket terbabit dan empat warga asing dipercayai dalang berjaya ditahan, katanya.

No comments:

Post a Comment