Khalwat dalam ambulans?
2010/06/24
Menurut pemandu ambulans, dia dan dua jururawat terbabit ditahan dalam perjalanan pulang selepas menghantar seorang mangsa kemalangan dari sebuah hospital di Madinah ke Al-Wajh.
Anggota penguat kuasa Hai’a mengejar ambulans dan mengarahkan pemandunya supaya berhenti.
Pemandu bersama dua jururawat terbabit yang diarah keluar mula dikerumuni orang ramai dan kaki tangan perubatan terbabit dibenarkan beredar hanya selepas penguat kuasa melakukan soal siasat lebih daripada satu jam,” jelas seorang saksi.
Jurucakap Hai’a, Muhammad Al-Zubaidi di wilayah Tabuk melaporkan anggotanya bertindak menahan ambulan itu kerana kakitangan Kementerian Kesihatan terbabit melanggar peraturan apabila dua jururawat duduk di bahagian penumpang depan bersebelahan dengan pemandu. - Agensi
No comments:
Post a Comment