Friday, June 18, 2010

SERAH PADA ALLAH...TAAT PADANYA DAN DOA JANGAN RASA JEMU...

Bimbang diri digelar andartu



2010/06/19

KUALA LUMPUR: Akibat terdesak mencari cinta bagi membuang gelaran ‘andartu’ sering menyebabkan wanita berusia 30-an yang belum berkahwin mudah diperdaya lelaki berhidung belang.
Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah berkata, biarpun usia sudah meningkat, golongan wanita dalam kelompok itu adakalanya masih tidak matang terutama dari segi emosi.
“Status umur mangsa tidak mampu menjadikan mereka bertindak bijak dan matang dalam membuat keputusan terbaik,” katanya.

Beliau berkata, kerana faktor terdesak juga menyebabkan ada wanita yang sanggup menyerahkan tubuh kepada lelaki semata-mata kerana cinta yang belum dipastikan kesahihannya lagi.

Malah katanya, ada yang sanggup menyerahkan mahkota diri kerana wang dan kemewahan yang dijanjikan teman lelaki.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kes segelintir wanita yang sanggup melakukan apa saja termasuk melakukan seks dengan teman lelaki kerana dijanjikan kemewahan walaupun hanya berkenalan dengan lelaki melalui Internet saja.

Dr Robiah berkata, pengalaman pernah dikecewakan lelaki tempatan turut menjadi penyebab ada wanita terlalu mengharap cinta daripada lelaki asing biarpun hanya berkenalan melalui Internet dalam masa singkat.

“Mereka juga bangga kerana menjadi pilihan lelaki luar negara,” katanya.

Sedangkan katanya, berdasarkan pengalaman mengendalikan kes, berkahwin dengan lelaki asing terutama dari Timur Tengah ada risikonya kerana masyarakat di sana sukar menerima orang luar masuk dalam keluarga mereka.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan wanita di negara ini supaya berhati-hati dan tidak bertindak melulu kerana akhirnya diri sendiri yang merana dan malu

No comments:

Post a Comment