Sunday, June 27, 2010

SUDAH MEREBAK KE JEDDAH....TANDA2 AKHIRZAMAN

Ibu ayam ditangkap



2010/06/28

JEDDAH: Polis menahan seorang wanita Arab yang menjadikan kediamannya sebagai pusat pelacuran di bandar ini, semalam.
Wanita terbabit menjalankan aktiviti haram bagi rangkaian pelacur Arab dan Afrika di kediamannya di daerah Al-Madhloum di sini.
Dia mengubah suai sebahagian ruang di rumahnya untuk aktiviti haram itu.

Ibu ayam yang di bawah pengaruh alkohol itu ditahan bersama beberapa wanita lain yang menunggu pelanggan.

Ibu ayam berkenaan berhubung dengan pelanggannya menerusi telefon bimbit untuk mengelakkan rahsianya diketahui.

Dia menerima bayaran SR1,000 (RM870) daripada setiap pelanggan.

Polis memantau kediaman ibu ayam terbabit selepas seorang petugas lelaki di situ ditahan. Petugas berkenaan menyalurkan maklumat mengenai rangkaian kegiatan pelacuran itu dan pelanggan tetap yang selalu berkunjung ke situ sebelum polis membuat serbuan dan menahan ibu ayam terbabit dan peekerjanya. Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap kegiatan pelacuran itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment