Wednesday, June 23, 2010

SIASAT HINGGA JUMPA BUKTI SUPAYA PEMBUAT MUNGKAR DAPAT DIBUKTIKAN

Lokasi aksi Ariel dicari



2010/06/24

JAKARTA: Polis semalam berkata, mereka masih gagal mengesan lokasi sebenar vokalis Peterpan, Ariel, merakam adegan seksnya dengan dua selebriti terkenal Indonesia.
Jurucakap polis, Marwoto, berkata pihak berkuasa turut mengambil kira pendapat pakar multimedia tempatan yang mendakwa dua rakaman lucah itu dibuat di lokasi berbeza.
“Kami masih mencari lokasi kejadian,” katanya.

Sebelum ini, pakar multimedia, Abimanyu Wachjoewidajat, yakin tempat Ariel mengadakan hubungan seks dengan teman wanita terkininya, Luna Maya, berbeza daripada lokasi dia meniduri Cut Tari.

Kata Abimanyu, dalam satu daripada rakaman itu, Ariel beraksi di atas katil besar, manakala klip kedua menunjukkan penyanyi yang popular dengan lagu Ada Apa Denganmu itu berada di atas katil kembar.

“Jangkaan ini dibuat berdasarkan struktur koridor bilik, kedudukan televisyen, lukisan serta tempat tidur yang berbeza di antara satu sama lain.

“Justeru, kemungkinan besar mereka mengadakan hubungan intim di dua hotel berlainan,” katanya.

Sementara itu, klip video seks Ariel - atau nama sebenarnya, Nazril Irham - dengan Cut Tari dipercayai dibuat di sebuah hotel mewah berbanding ketika dia meniduri Luna Maya.

Analisis Abimanyu mendapati, ruang tamu lokasi itu dipisahkan dengan bilik tidur, selain hiasan dalaman yang lebih berkualiti.

Sementara itu, polis turut mengesahkan Luna Maya menjalani pemeriksaan fizikal di sebuah hospital di Kramat Jati, Jakarta Timur, semalam.

Jurucakap polis, Dikdik Mulyana, berkata pegawai perubatan mengukur lebar bahu aktres, pengacara dan model itu..

Bagaimanapun, Dikdik enggan memberi kenyataan lanjut mengenai pemeriksaan fizikal berkenaan. - Agensi

No comments:

Post a Comment