Sunday, June 27, 2010

BENDA NI SALAH DARI SEGI ISLAM...SEBAB JELAS MEMBUKA AURAT,BERCAMPUL GAUL LELAKI PEREMPUAN JUGA MUNGKIN MELALAIKAN...TAK CAYA TANYA MUFTI

3 peserta ke peringkat akhir Mentor 4



Tiga protege (dari kiri) Adi Hamiz Johar, Mohd. Izwan Mohd. Nor dan Nurhadzwani Salleh bersama mentor masing-masing di Shah Alam, malam tadi. – utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI



SHAH ALAM 27 Jun - Tiga peserta program realiti Mentor 4 terpilih ke peringkat akhir pertandingan itu yang bakal berlangsung pada 4 Julai ini.
Mereka ialah Nurhadzwani Salleh atau Nani, Mohd. Izwan Mohd. Nor (Mohd.) dan Adi Hamiz Johar (Adi).
Masing-masing mendapat markah 55, 59 dan 44 bagi melayakkan diri ke peringkat akhir di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini.
Ia diumumkan pengacara, Ally Iskandar semasa siaran langsung separuh akhir kedua Mentor 4 di sini malam ini.
Kesemua peserta diadili menerusi tiga bahagian iaitu juri profesional merangkumi 50 peratus, juri awam (20 peratus) dan selebihnya undian khidmat pesanan ringkas (SMS).
Bagi persembahan pada separuh akhir kedua itu, kesemua peserta diadili dua juri profesional iaitu komposer, Adnan Abu Hassan dan penghibur terkenal, Datuk Sheila Majid.
Pengumuman ketiga-tiga peserta itu sekali gus melenyapkan impian protege komposer dan penyanyi popular, Joe Flizzow iaitu Ila Damiaa Johar (Ila) untuk beraksi di peringkat akhir.
Ila yang juga adik kepada Adi terpaksa berpuas hati dengan 42 markah yang diperolehnya sepanjang sembilan minggu beraksi.
Penyingkiran Ila itu merupakan yang ketiga selepas Mohd. Shadini Ibrahim (Shaq) dan diikuti Haimie Napsun (Ayim).
Sejak diperkenalkan pada 2005, Mentor menobatkan tiga juara iaitu Pija, Fiq (2006) dan Black (2009).

No comments:

Post a Comment