Wednesday, June 23, 2010

CINTANYA AKHIR DAPAT PADAH....UMURNYA SEPATUTNYA DILINDUNGI

Cinta budak

Oleh Junaidi Ladjana

2010/06/24



KOTA KINABALU: Tindakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki berusia 20-an membawa padah apabila mendakwa dirogol lelaki berkenaan.
Murid tahun enam sekolah rendah di daerah ini mendakwa dirogol lelaki berkenaan yang baru dikenali tiga bulan lalu di kawasan belukar di Jalan Talantang Satu, Kota Marudu, awal pagi Ahad lalu.
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan mengikut teman lelakinya itu keluar dari rumah neneknya sejak Sabtu sebelum dirogol kira-kira jam 5 pagi hari kejadian.

Difahamkan, mangsa tinggal bersama neneknya berusia 50-an di sebuah kampung di Kota Marudu selepas ibu bapanya berpisah beberapa tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof berkata, mangsa menceritakan kejadian itu kepada bapanya selepas didesak apabila didapati tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu.

“Sebaik mendengar penjelasan anaknya, bapa mangsa membawa kanak-kanak berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah kira-kira jam 2 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Beliau berkata, berikutan itu, polis melancarkan usaha mengesan suspek dan menahannya di rumah tidak bernombor di Kampung Keindangan, Pinawantai, Kudat, kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Likas untuk pemeriksaan kesihatan.

“Suspek berusia awal 20-an itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan,” katanya.

Katanya, siasatan mendapati suspek bekerja sebagai buruh binaan itu mula berkenalan dengan mangsa sejak tiga bulan lalu

No comments:

Post a Comment