Sunday, June 27, 2010

Rumah kebajikan pun dah tak selamat....ni kesan video lucah dan mudah mendapatkannya.....contoh di telefon pun ada...

NEGARA


Rumah kebajikan 'didik' seks



VIJAYA (tengah) menunjukkan luka dipercayai kesan penderaan yang dialami seorang kanak-kanak pada sidang akhbar di pejabatnya di Jalan Cheng Perdana, Melaka semalam.



MELAKA - Seorang peguam wanita tidak menduga tindakannya membawa pulang tiga kanak-kanak dari sebuah rumah kebajikan di Sungai Gemas, Negeri Sembilan pada hujung Mei lalu membongkar satu rahsia mengenai kediaman itu.
Rumah kebajikan itu didakwa bukan saja dipercayai tidak berdaftar tetapi ia juga mempunyai persekitaran hitam apabila disyaki berlaku penderaan seksual dan penderaan fizikal terhadap kanak-kanak yang mendiami rumah itu.
Peguam itu, B. Vijaya Kumari, 57, mendakwa, rahsia itu terbongkar apabila dia membawa pulang tiga kanak-kanak untuk tinggal bersamanya sepanjang musim cuti sekolah minggu lalu.
Tiga kanak-kanak yang dibawa tinggal bersamanya di Cheng, Melaka pada pertengahan Jun lalu membabitkan dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia sepuluh dan sembilan tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun




NEGARA


Suspek kes dera ditahan


INILAH rumah kebajikan di Taman Sungai Gemas, Negeri Sembilan yang didakwa berlaku kes dera dan cabul ke atas kanak-kanak yang menghuni rumah tersebut.


GEMAS - Polis menahan seorang remaja berusia 17 tahun bagi membantu siasatan berhubung penderaan seksual dan fizikal ke atas kanak-kanak di sebuah rumah kebajikan di Taman Sungai Gemas, Sungai Gemas dekat Tampin di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Wooi Hooi Cheng berkata, lelaki itu ditahan pukul 12 tengah hari ketika dia datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin dengan ditemani oleh penjaga rumah kebajikan berkenaan.
"Siasatan awal mendapati, suspek dari Gemas itu merupakan salah seorang penghuni yang dibesarkan di situ dan telah bekerja lebih kurang empat tahun," katanya yang menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan iaitu melakukan seks luar tabii.
Kosmo! semalam melaporkan seorang peguam, B. Vijaya Kumari, 57, dari Melaka mendakwa berlaku penderaan fizikal terhadap kanak-kanak berusia di antara 9 dan 10 tahun yang mendiami rumah kebajikan tersebut.
Perkara itu terbongkar selepas peguam tersebut ternampak perilaku salah seorang kanak-kanak terbabit yang menggesel-geselkan patung gajah pada kemaluannya seperti sedang melakukan seks oral.
Selain itu, kanak-kanak itu turut mendakwa sering dipukul teruk oleh pengetua rumah terbabit walaupun membabitkan kesalahan kecil seperti terkencing malam.

No comments:

Post a Comment