DUNIA
Penduduk asli marah penari Perancis
SYDNEY - Seorang penari yang menari tarian lucah dengan menanggalkan skirtnya sehingga mendedahkan coli dan seluar dalamnya di kawasan Ayers Rock di sini semalam telah mencetuskan kemarahan penduduk asli, lapor akhbar Sunday Territotian.
Penari itu, Alizee Sery, 25, membangkitkan kemarahan penduduk asli Australia kerana dia menari di kawasan yang dianggap suci oleh mereka selepas dia mendakinya dan menyiarkan aksi tersebut di laman YouTube di Internet.
Kawasan itu turut dikenali dengan panggilan Uluru.
"Saya mengetahui bahawa Uluru adalah suci dalam kebudayaan mereka (penduduk asli). Projek yang saya lakukan itu ialah untuk memberi tanda penghormatan kepada kehebatan kawasan batuan tersebut," katanya.
"Apa yang perlu kita ingati ialah pada tradisinya, penduduk asli tinggal dalam keadaan bogel. Justeru, menanggalkan pakaian merupakan satu perbuatan yang kembali ke peringkat asal," tambahnya.
Alasan yang diberikan oleh penari itu menyebabkan Pengarah Majlis Tanah Pusat, David Ross yang bidang kuasanya meliputi kawasan Uluru menyatakan bahawa pendaki-pendaki sepatutnya tidak dibenarkan mendaki Ayer Rocks.
Seorang penduduk asli, Alison Hunt berkata, perbuatan penari itu tidak menunjukkan rasa hormat di kawasan itu.
"Kita berusaha sedaya upaya untuk berkongsi tanah kita dengan orang ramai yang datang ke sini dan melakukan perbuatan itu menunjukkan perasaan tidak hormat. Ia tidak boleh diterima dengan sepenuhnya," katanya.
- Agensi
No comments:
Post a Comment