Wednesday, June 23, 2010

BILA AGAMA DIJAUHI DAN TIDAK DIFAHAMI

Kecewa isteri curang

Oleh Shahrul Nizam Mohamad

2010/06/24

BENTONG: Gara-gara menyangkakan isterinya yang berusia 19 tahun bermain kayu tiga, seorang penganggur yang kecewa mengambil jalan singkat apabila menggantung diri di rumahnya di Telemong, di sini, kelmarin.
Mayat penganggur terbabit berusia 31 tahun itu ditemui tergantung di tepi tingkap dalam bilik oleh isterinya yang ketika itu ingin mengejutkannya bangun tidur kira-kira jam 8.30 pagi.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata siasatan awal mendapati lelaki terbabit bertengkar dengan isterinya pada malam sebelum kejadian.

“Menurut kenyataan isterinya, mereka bergaduh kira-kira jam 10.30 malam apabila suaminya itu menuduh dia yang bekerja di kilang telur curang dan mempunyai kekasih lain.

“Bagaimanapun, wanita terbabit menafikan tuduhan itu sebelum suaminya masuk dalam bilik manakala dia hanya berehat di ruang tamu bersama anaknya berusia empat tahun,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rosli berkata, sejurus menemui mayat lelaki terbabit, wanita itu mendapatkan bantuan anggota Rela berhampiran rumahnya sebelum membuat laporan di Balai Polis Telemong sejam kemudian.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut apabila penganggur terbabit dipercayai menggantung diri menggunakan wayar.

“Mayat dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk dibedah siasat sebelum dituntut warisnya untuk dikebumikan di Benta, Kuala Lipis,” katanya

No comments:

Post a Comment