Monday, June 21, 2010

DA KAYA SANGAT...DUIT XTAHU NAK BUAT APA.....ORANG MISKIN YANG DITOLONG BEL.UM TENTU MENGENANG BUDI,,,,PAHALA PUN XNAMPAK MANA PUN...

Siti Nurhaliza antara pembida plat KCT 1



2010/06/21

ALOR SETAR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin antara pembida utama nombor pendaftaran kenderaan di negeri ini, KCT 1 yang diumumkan Pengarah Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, tengah hari ini.
Penyanyi itu dikatakan berminat memiliki nombor pendaftaran itu kerana mempunyai gabungan nama beliau dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Siti Nurhaliza dikatakan sanggup membayar jumlah bidaan ditawarkan asalkan dapat memiliki nombor berkenaan.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan mempunyai tiga kereta iaitu Nissan X-Trail 2.0L, Proton Waja dan Kia Optima sebagai ganjaran memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Harian Metro difahamkan, nombor pendaftaran itu seolah-olah pisang goreng panas sebaik tempahan nombor diumumkan JPJ walaupun harga minimum tempahan nombor berkenaan bermula dari RM10,000.

Menurut sumber, bidaan bagi nombor berkenaan sudah dibuat minggu lalu, bagaimanapun mereka yang terpilih mendapatkan nombor KCT 1 diumumkan tengah hari ini. Katanya, golongan paling ramai dan cepat membeli nombor berkenaan ialah ahli perniagaan dan syarikat korporat termasuk artis, malah mereka berusaha mendapatkannya sebelum tempoh 21 hari disyaratkan.

“Kami banyak menerima permohonan bagi nombor berkenaan. Bagaimanapun, ia bergantung kepada bidaan paling tinggi.

“Buat masa ini, kami tidak tahu siapakah pemilik sebenar nombor pendaftaran itu hingga keputusan rasmi dibuat tengah hari ini,” katanya.

Difahamkan, penggemar nombor emas itu sanggup berhabis ratusan ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan nombor idaman berkenaan

No comments:

Post a Comment