Remaja wanita dilarikan tunang
2010/06/28
ROKIAH menunjukkan kad jemputan kahwin dan gambar anaknya Nurul Huda bersama Fauzi.
Mohamed Anwar
ctfa@bharian.com.my
Percubaan ketiga Nurul Huda selepas hubungan dengan duda ditentang keluarga
CHANGLUN: Seorang remaja wanita berusia 20 tahun dipercayai dilarikan tunangnya, seorang duda berketurunan Indonesia, untuk dipaksa berkahwin di sebuah daerah di republik itu.
Nurul Huda Mohamad Tarmizi, dipercayai dilarikan oleh tunangnya, Fauzi Mokhtar, 40, pagi Sabtu lalu, di rumahnya di Kampung Bendang Tok Seh, di sini, ke Melaka sebelum berangkat ke rumah ibu lelaki itu di sebuah daerah di Indonesia.
Ibu remaja itu, Rokiah Hassan, 43, berkata, ini percubaan ketiga Nurul Huda melarikan diri bersama lelaki itu selepas hubungan mereka ditentang keluarga kerana Fauzi sudah menjatuhkan maruah keluarganya apabila tidak hadir di majlis perkahwinan mereka 10 April lalu.
Rokiah berkata, seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka, Fauzi yang bekerja sebagai tukang besi membawa lari Nurul Huda ke rumah kakaknya di Taman Merdeka, Batu Berendam, Melaka, dipercayai untuk dilarikan ke Indonesia sebelum dikesan keluarga gadis itu.
Katanya, dia dan suaminya, Mohamad Tarmizi Saidin, 42, berjaya membawa pulang anaknya dua hari sebelum majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung di Dewan Kampung Tradisi, Sintok dan Fauzi berjanji akan hadir di majlis itu.
“Malangnya, Fauzi tidak hadir di majlis perkahwinan mereka. Saya tidak pasti apa tujuan dia melarikan anak saya pada saat akhir hari perkahwinan, sedangkan hubungan mereka ketika itu direstui.
“Malah, jika dia tidak mampu membayar wang hantaran berjumlah RM8,884 seperti ditetapkan, saya tetap mengizinkan dia berkahwin dengan anak saya kerana 1,000 kad undangan sudah diedarkan kepada tetamu dan belanja untuk majlis itu sudah dikeluarkan.
“Namun, dia tidak hadir juga pada majlis perkahwinan itu menyebabkan ia terpaksa ditukar menjadi kenduri tahlil dan arwah. Selepas peristiwa itu, suami saya melarang Nurul Huda berkawan dengan Fauzi kerana yakin dia mempunyai niat tidak baik terhadap anak saya,” katanya.
Rokiah mendakwa, awal bulan ini anaknya pernah cuba melarikan diri tetapi gagal selepas dihalang kawan baik ayahnya yang kebetulan melihat gadis itu membawa beg pakaian keluar dari rumah
No comments:
Post a Comment