17 warga Thailand dicekup
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
2010/06/19
2010/06/19
Malah, dalam serbuan Ops Sayang yang dijalankan Jabatan Imigresen Johor, di Taman Johor Jaya, di sini, semalam, seramai 17 wanita warga Thailand cuba mengalih tumpuan pihak berkuasa dengan mendiamkan diri di dalam bilik penginapan masing-masing berikutan bimbang dicekup.
Helah itu bagaimanapun gagal memperdayakan anggota Imigresen yang terlebih dulu memperoleh maklumat dan aduan awam berhubung kewujudan sebuah spa yang menggaji wanita asing.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Gajendra Bahadur, berkata operasi bermula jam 4 petang itu membabitkan lapan anggota dan pegawai.
“Berdasarkan maklumat awal, kita dapati pusat rawatan itu turut menyediakan perkhidmatan secara ‘on call’ selain dipercayai menawarkan khidmat urut batin kepada pelanggan yang datang.
“Ketika serbuan, dua daripada wanita terbabit sedang sibuk melayan pelanggan masing-masing sementara yang lain menyembunyikan diri di dalam sebuah bilik,” katanya.
Berikutan itu, semua mereka yang berusia antara 22 hingga 45 tahun ditahan mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan berkhidmat sebagai ‘minah urut’.
“Mereka akan direman bagi membantu siasatan dan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk tindakan lanjut,” katanya.
No comments:
Post a Comment