Friday, June 25, 2010

NI BELUM KAWIN...DAH KAWIN TAK TAHU LAH

Lelaki tumbuk, heret bekas teman wanita



2010/06/25

AMPANG: Gagal mendapatkan wang dan barang berharga, seorang lelaki sanggup bertindak kejam dengan menumbuk dan mengheret bekas teman wanitanya hingga terjatuh ketika wanita terbabit berada di rumahnya di Pandan Indah, di sini, Sabtu lalu.
Selepas puas melihat mangsa terjatuh, teman lelakinya terus merampas dompet dan telefon bimbit mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang turut dinaiki dua rakannya.
Menurut sumber polis, kejadian malang yang menimpa mangsa itu berlaku kira-kira jam 1 pagi sebelum wanita terbabit didatangi teman lelakinya yang kemudian meminta wang berjumlah hampir RM3,000 daripadanya.

“Bagaimanapun, mangsa mendakwa dia tidak mempunyai sejumlah wang yang diminta itu sebelum bekas teman lelakinya itu meminta kamera sebagai ganti kerana tidak dapat memberikan wang.

“Namun, mangsa berkeras enggan memberikan barang yang diminta sebelum lelaki terbabit bertindak luar dugaan apabila menumbuk perutnwanita itu” katanya di sini, semalam.

Sumber terbabit berkata, bekas teman lelaki mangsa itu memang kerap mengganggunya sejak mereka berpisah termasuk pernah menceroboh rumahnya.

“Malah, bekas teman lelakinya itu turut pernah mengugut akan membunuh mangsa selain mengganggunya di hotel tempat dia bekerja.

“Lelaki berkenaan turut mengugut akan menculik dan merogol mangsa dan memusnahkan kerjayanya membuatkan wanita berkenaan hidup dalam ketakutan,” katanya.

Menurut sumber itu, selain mengganggu mangsa, lelaki berkenaan menjadikan sepupu bekas teman wanitanya sebagai mangsa bertujuan untuk menakutkan mereka.

“Lelaki itu pernah menghantar khidmat mesej singkat (SMS) yang mengugut akan merosakkan kenderaan sepupu bekas teman wanitanya itu selain turut menghantar SMS kepada majikan mangsa dengan mengatakan dia akan menculik wanita terbabit.

“Lelaki itu dikatakan sengaja bertindak demikian bertujuan untuk mengganggu mangsa dan mahu merosakkan imej wanita terbabit di tempat kerjanya,” katanya.

Menurutnya, difahamkan lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa memutuskan hubungan mereka sebelum ini dan dia sentiasa mengambil kesempatan mengganggu hidup wanita terbabit.

“Mangsa sebelum ini pernah membuat laporan polis berhubung semua ugutan yang dibuat bekas teman lelakinya itu dan dia sekali lagi terpaksa membuat laporan selepas kejadian terbaru yang menimpa dirinya itu.

“Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment