Solat bogel sebelum sakit mental
2010/06/21
Ibu tunggal beranak tiga itu berkata, suaminya, Zainal Abidin Tahirudin, 50, mula menunjukkan perangai pelik ketika bekerja di sebuah kilang di Johor dan memberitahu sering terdengar bisikan halus menyuruhnya melakukan pelbagai perkara pelik sehingga tidak masuk akal seperti bercakap seorang diri dan sering mengalihkan anaknya ke tempat lain ketika tidur.
Katanya, ketika itu dia sedang mengandung anak ketiga, Nor Farah Nasirah yang kini berusia 13 tahun dan lebih memeritkan, suaminya akan mengamuk apabila ditegur sehingga pernah mengejarnya keliling kampung.
“Tidak cukup dengan penderitaan itu, anak lelaki saya, Mohd Naqiu Nazwan, 22, juga mula menunjukkan perangai pelik apabila suka memanjat pokok yang tinggi dengan pantas walaupun ketika itu dia baru berusia sembilan tahun.
“Malah anak kedua, Nor Nabila, 17, pula sering melompat seperti katak serta tidak mahu berjalan seperti biasa dan ketika itu saya mula teringat kata-kata bekas suami yang dia sering terdengar bisikan memberitahu dia sekeluarga akan menderita sekiranya saya terus bersamanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Buluh, semalam.
Indrawati berkata, akibat tertekan dan tidak tahan menanggung derita, keluarga dan rakan terdekatnya menasihatkannya meminta cerai daripada suaminya yang sakit mental itu kerana tidak menjamin kebahagiaan sekiranya mereka terus bersama.
Akur dengan nasihat dan memikirkan masa depan keluarganya, Indrawati memfailkan permohonan cerai di mahkamah atas alasan suaminya disahkan menghidap penyakit mental walaupun ketika itu dia sedang mengandung anak ketiga.
Katanya, sejak berpisah dia membawa tiga anaknya memulakan kehidupan baru bersama kedua orang tuanya di Terengganu dan melakukan pelbagai kerja termasuk menyapu sampah untuk menyara kehidupan keluarga manakala suaminya pula pulang ke kampungnya di Perak serta pernah dimasukkan ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan beberapa kali.
Kini, selepas 13 tahun berlalu dia terpaksa menemui semula bekas suaminya apabila anak keduanya, Nor Nabila mahu mendirikan rumah tangga dan memerlukan kehadiran Zainal Abidin sebagai wali.
Namun apa yang membingungkan dirinya meskipun dalam surat cerai mereka ditulis sebab mereka berpisah kerana suaminya menghidap penyakit mental, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Terengganu (PADHT) enggan menerima alasan berkenaan untuk melayakkan anaknya menggunakan wali hakim.
No comments:
Post a Comment