Wanita sedar dimadu selepas suami ditahan
Oleh Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bharian.com.my
2010/06/28
SITI SALMAH ketika ditemui di Alor Setar, semalam.
Pengurus kilang dakwa nikah kali kedua di Thailand
ALOR SETAR: Seorang isteri berusia 30-an di sini terkejut apabila mengetahui dia dimadukan selepas suaminya ditahan oleh penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu dalam serbuan di sebuah rumah di Jitra, awal pagi semalam.
Serbuan kira-kira jam 2 pagi itu dilakukan selepas pejabat agama menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat membabitkan satu pasangan di rumah terbabit.
Dalam serbuan itu, pegawai penguat kuasa berkenaan melakukan pemeriksaan ke atas suami wanita terbabit, berusia 50-an yang juga seorang pengurus kilang perabot dan seorang janda berusia 30-an.
Pasangan itu mendakwa sudah bernikah di Thailand dua minggu lalu dan menunjukkan dokumen pernikahan mereka, tetapi statusnya diragui pegawai jabatan agama.
“Pasangan itu mendakwa sudah bernikah di negara jiran dengan menunjukkan salinan surat nikah mereka, tetapi belum mendaftarkannya di Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK),” katanya sumber jabatan agama terbabit.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Siti Salmah, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan suaminya itu sudah bernikah dengan pasangannya di Thailand kerana dia tidak pernah memberi keizinan kepada suaminya untuk berpoligami.
“Saya mengesyaki mereka bernikah melalui sindiket pernikahan palsu di negara jiran kerana apa yang saya tahu rakyat Malaysia yang mahu bernikah di Thailand perlu mendapat kebenaran dari konsulat negara ini.
“Selain itu, suami saya juga perlu mendapatkan kebenaran daripada saya untuk berpoligami dan saya langsung tidak tahu apa-apa sehinggalah ia terbongkar selepas penguat kuasa membuat serbuan dan suami menunjukkan surat nikah Thailand,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Setar, Sheikh Mohd Roze Abdul Wahab ketika dihubungi berkata, pasangan itu perlu membuat pengesahan pernikahan terlebih dulu bagi memudahkan JAIK menentukan status pernikahan mereka dan menyelesaikan kes itu.
KOMEN...
1.PENGAJARAN DARI ALLAH SWT SEBENARNYA.
2.JODOH,MAUT SEGALANYA DIDALAM KEKUASAN ALLAH SWT
3.KITA BUAT APA AJE UNDANG2 MYEKATNYA.... BILA DAH JODOH TIADA SAPE BOLEH MENGHALANG..
4.SEDARLAH KITA NI SAPE...KEREPOT DAN MATI JUGA.
5.SEBENARNYA MENGUJI KITA ATAU MUHASABAH DIRI MUNGKIN KITA ADA KETELANJURAN KATA2..
6.MARILAH SAMA2 KITA DEKAT DIRI DENGAN ALLAH...
7.JIKA IA TAK ADIL BIAR IA TANGGUNG DAN JAWAB DIAKHIRAT KELAK...INGAT YG MENILAI ADIL ALLAH BKN DIRI KITA ATAU MASYARAKAT...
CONTOH...JIKA DERHAKA..MAKA GUGURLAH HAQ NAFKAH ZAHIR DAN BATIN...SERTA GILIRAN...BACALAH SEBAB2 ISTERI BOLEH JADI DERHAKA....
Nenek nikah di sempadan
2010/06/28
Urusan pernikahan tidak terlalu rumit kerana pasangan tidak perlu membawa wali, sijil keizinan berkahwin daripada Jabatan Agama Islam, sijil kursus kahwin, sijil mengenai status kesihatan sama ada bebas daripada HIV atau Aids dan juga wang hantaran, pasangan dari Malaysia bebas berkahwin di negara jiran dengan bayaran serendah RM450 untuk urusan lengkap.
Berikutan terlalu mudah berkahwin di negara jiran terutama di Selatan Thailand, ramai pasangan termasuk selebriti dan berstatus elit yang ingin berkahwin lagi membuat keputusan berkahwin di situ.
Yang Dipertua Mais merangkap Kadi Syarie Wilayah Songkhla, Zakaria Saleh, berkata dianggarkan kira-kira 100 pasangan Malaysia bernikah setiap bulan di selatan Thailand, iaitu paling tinggi berbanding pasangan negara jiran lain.
“Ada satu kes seorang wanita berusia 60 tahun bernikah dengan pasangannya berusia 40 tahun kerana lebih mudah dan tidak diketahui umum dan ada juga pasangan bernikah seawal usia 20-an kerana cinta terhalang akibat hubungan tidak direstui keluarga,” katanya.
Zakaria berkata, pihaknya tiada halangan menikahkan pasangan yang berhasrat mendirikan rumah tangga, tetapi perlu memenuhi syarat ditetapkan, mempunyai dokumen diperlukan serta tidak menggunakan ejen sindiket nikah palsu yang dilaporkan banyak berlaku kebelakangan ini.
Beliau berkata, pihaknya tidak sewenang-wenangnya menikahkan setiap pasangan kerana mahu melihat dokumen pasangan masing-masing kerana sijil nikah dikeluarkan perlu diserah kepada pejabat konsulat Malaysia di Songkhla untuk pengesahan.
“Pasangan terbabit perlu membawa surat nikah Thailand, surat pengesahan Majlis Agama Islam wilayah berkenaan dan salinan kad pengenalan pasangan suami isteri bagi mendapatkan surat pengesahan konsulat.
“Surat pengesahan nikah daripada pejabat konsulat itu diperlukan bagi setiap pasangan untuk mendaftar perkahwinan di Pejabat Agama Islam di daerah masing-masing,” katanya.
Sementara itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan, berkata sepanjang tempoh Januari hingga Mei lalu, pihaknya menerima 1,321 permohonan rakyat Malaysia yang berkahwin di situ.
“Daripada jumlah itu, pasangan Malaysia yang berkahwin sesama negara ialah 999 permohonan, pasangan Malaysia-Thailand (186), Malaysia-Indonesia (19), Malaysia-Pakistan (18), Malaysia-Bangladesh (dua permohonan)
“Statistik perkahwinan membabitkan rakyat Malaysia sejak tahun lalu ialah 2,172 permohonan; 2008 (2,342); 2007 (1,944); 2006 (845); 2005 (314); 2004 (55); 2003 (98); 2002 (67) dan 2001, 73 permohonan pengesahan pernikahan,” katanya.
Menurutnya, surat pengesahan nikah daripada pejabat konsulat itu diperlukan bagi setiap pasangan terbabit untuk mendaftar perkahwinan di Pejabat Agama Islam di daerah masing-masing.
“Pendaftaran ini perlu bagi memastikan setiap pihak terbabit mendapat hak seperti diperuntukkan dalam Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia,” katanya.
No comments:
Post a Comment