Sunday, June 20, 2010

TERKENAL SENANG DAPAT PEREMPUAN DAN BUAT MAKSIAT...PASTU ORG LAIN TIRU

DUNIA


Pemain ragbi berfoya-foya atas bot


GAMBAR yang disiarkan oleh media Britain menunjukkan beberapa bintang ragbi England sedang berhibur bersama wanita seksi.


LONDON - Beberapa bintang ragbi England dihimpit kontroversi setelah mereka dirakam berparti dengan skuad penari bogel dalam sebuah bot mewah semasa bercuti di Australia, lapor sebuah akhbar semalam.
Empat pemain ragbi pasukan kebangsaan England menyewa bot berkenaan di teluk Sydney Harbour pada minggu lalu untuk meraikan kemenangan menentang pasukan Australia, Barbarians.
Gambar ayah kepada dua anak, Delon Armitage, 26, Paul Doran-Jones, 25, James Haskell, 25, dan Ugo Monye, 27, dihiburkan oleh wanita-wanita yang cuma memakai seluar dalam dan bikini semasa mereka dibawa melawat teluk berkenaan disiar media Britain.
Beberapa sumber mendakwa, skuad wanita bikini itu merupakan pelacur elit yang mengenakan caj £350 (RM1,680) untuk khidmat seks.
Bagaimanapun, selepas disoal pihak atasan kelmarin, para pemain ragbi berkenaan menafikan wanita-wanita itu adalah pelacur dan mereka sebaliknya menjelaskan bahawa skuad bikini tersebut bekerja untuk Agensi Sirens sebagai teman sosial dan diupah oleh seorang rakan mereka. - Agensi

No comments:

Post a Comment