Sunday, June 27, 2010

AURAT TAK JAGA....HUKUM ISLAM TAK JALAN...BYK MNUNTON FILEM LUCAH...INI JADINYA.....

Terliur wanita berkemban

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/06/28

SUBANG JAYA: Seorang lelaki yang gagal menahan nafsu selepas melihat wanita idamannya berkemban bertindak merogolnya, pagi semalam.
Difahamkan, lelaki berusia awal 20-an yang bekerja sebagai ‘bouncer’ di sebuah pusat hiburan di sini, sering mengekori mangsa kerana dia dikatakan ‘jatuh cinta’ dengan wanita terbabit yang berusia 48 tahun, namun tidak berani meluahkan perasaannya.
Mangsa mendakwa menyedari dirinya sering diperhatikan selain diekori lebih enam bulan lalu, namun tidak dapat mengenal pasti individu bertanggungjawab.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi di sebuah rumah kedai dua tingkat di SS15 di sini, suspek yang sudah tidak dapat menahan gelora nafsu menunjukkan diri sebelum merogol wanita berkenaan.

Menurut sumber, suspek mengetuk pintu rumah mangsa sebelum wanita itu yang berkemban membuka pintu.

“Ketika itu, mangsa mendakwa mahu mandi sebelum dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu.

“Dia yang menyangkakan rakan serumahnya pulang dari bekerja tanpa ragu-ragu membuka pintu sebelum terkejut melihat lelaki tidak dikenali,” katanya.

Sumber berkata, mangsa cuba menutup semula pintu, namun suspek meluru masuk sebelum menarik mangsa ke dalam bilik.

Difahamkan, pada mulanya suspek pergi ke rumah ‘pujaan hatinya’ itu untuk meluahkan perasaannya, namun berubah fikiran selepas melihat wanita berkenaan berkemban.

Sumber berkata, suspek kemudian menarik tangan mangsa dan mengheretnya ke katil sebelum merogolnya.

“Selepas melempiaskan nafsunya, suspek melarikan diri manakala mangsa turun untuk mendapatkan bantuan.

“Wanita terbabit kemudian terserempak dengan pengawal keselamatan sebelum memberitahu kejadian menimpanya.

“Pengawal keselamatan itu kemudian menghubungi polis melaporkan kejadian berkenaan,” katanya.

Difahamkan, beberapa anggota polis yang sedang meronda di kawasan berkenaan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

Sumber berkata, anggota polis terbabit mahu membawa mangsa ke Balai Polis Subang Jaya di sini, untuk membuat laporan polis.
“Bagaimanapun, mangsa mendakwa mahu kembali ke rumahnya untuk mendapatkan dompetnya yang tertinggal,” katanya.

Sumber berkata, ketika kembali ke rumahnya, mangsa terserempak dengan suspek sebelum menjerit meminta pertolongan.

Difahamkan, suspek bersembunyi di tingkat atas bangunan kedai berkenaan dan kembali semula ke rumah wanita terbabit dipercayai mahu merogolnya semula.

Sumber berkata, suspek yang terkejut dengan jeritan mangsa kemudian cuba melarikan diri namun ditahan.

“Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Subang Jaya untuk siasatan dan tindakan lanjut. Difahamkan, pihak berkuasa sedang menyiasat motif dan berapa lama lelaki terbabit sudah mengekori mangsa,” katanya.

Difahamkan, suspek akan direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment