Diperintah bela diri
Oleh Muhamaad Razis Ismail
2010/06/25
2010/06/25
Hakim Fathiyah Idris membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan.
Tertuduh, Mohd Malek Ridzuan, 22, yang hadir ke mahkamah dengan berkemeja hijau dan diiringi keluarganya kelihatan tenang ketika mahkamah membuat keputusan itu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Humairah Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Amrit Pal Singh.
Terdahulu Amrit memberitahu mahkamah, anak guamnya memilih memberi kenyataan bersumpah di kandang saksi dan akan mengemukakan dua orang saksi pada prosiding bela diri terbabit.
Mengikut pertuduhan, Mohd Malek yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang didakwa merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di sebuah bilik hotel di ibu negara pada jam 1 pagi dan 3 pagi pada 23 April 2008.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman minimum lima tahun penjara dan maksimum 30 tahun penjara dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Tertuduh kali pertama dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, pada 9 April 2008 dan tidak mengaku salah atas tuduhan itu dan minta dibicarakan.
Ketika perbicaraan dijalankan 12 orang saksi dikemukakan. Mahkamah menetapkan 18 Ogos ini bagi tertuduh yang diikat jamin RM10,000 sebelum ini, mengemukakan kenyataan bela diri.
No comments:
Post a Comment